Ruqiyah Untuk Gangguan (Meneliti sihir dan adanya J!n dalam tubuh)


Bagaimana hendak membezakan orang yang tersihir dengan orang yang kemasukan J!n? Orang yang tersihir biasanya, mengeluhkan sesuatu yang tertentu yang datang begitu tiba-tiba, misalnya dia tiba-tiba membenci isterinya, padahal dia begitu mencintainya. Kebencian itu muncul tanpa sebab-sebab yang jelas. Atau mengeluh kerana rasa sakit pada seluruh tubuhnya yang datang dengan tiba-tiba. Lazimnya ia merupakan sihir yang disertai keterlibatan J!n. J!n seperti ini adalah J!n jenis yang merbahaya.
Sedangkan orang kemasukan J!n, kalau tidak tiba-tiba menyendiri, pasti masih bergaul di tengah orang ramai, namun mengamuk dan melakukan kejahatan. Wajahnya akan berubah dari saat ke saat, yang kadang-kadang merah, kadang-kadang hitam. Perubahan warna itu kadang-kadang terjadi hanya pada sebahagian wajahnya. Di samping itu akan disertai mimpi-mimpi yang menakutkan, bahkan bertentangan, misalnya dia merasa jatuh dari tempat yang tinggi tetapi terlihat begitu takut dan kesakitan. Atau mengigau dengan mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak kaharuan.
Di bawah ini adalah cara yang boleh mengetahui adanya sihir atau kemasukan J!n dengan menguji si pesakit, berdasarkan ayat Al-Qur'an.
  1. Bacalah akhir Surah Ibrahim pada telapak tanganmu
  2. Lanjutkan dengan akhir Surah Al-Mu'minin
  3. Selanjutnya teruskan Surah Al-Falaq
  4. Seterusnya Surah An-Nas :
Ketika membaca ayat-ayat di atas, letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahagian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan telapak tanganmu itu di depan mata si pesakit and mintalah dia melihatnya. Kalau si pesakit itu sama sekali tidak boleh melihatnya atau penglihatannya silau atau nanar atau melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam atau melihat banyak salib di telapak tanganmu itu atau tiba-tiba kepalanya terasa pening atau menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka si pesakit itu tidak diragukan, terkena sihir ataupun kemasukan atau kedua-duanya sekali.

Yang berkaitan dengan hubungan suami-isteri
Ambillah tujuh lembar daun sirih hijau atau daun teratai. Tumbuklah sehingga lumat. ( Boleh juga dilakukan menggunakan mesin blender ).
  1. Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan membasuh seluruh badan.
  2. Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.
  3. Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau air ludahmu mengenainya.
  4. Bacakan ayat berikut ini dan arahkan pada air tersebut :
    1. Ayat Kursi
    2. Lanjutkan dengan Surah Al-Kafirun
    3. Lalu Surah Al-Ikhlas
    4. Berikutnya Surah Al-Falaq
    5. Selanjutnya Surah An-Nas
    6. Berikutnya, ayat sihir dalam Surah Al-A'raf
    7. Lalu ayat sihir dalam Surah Yunus ayat 79 – 82
    8. Terakhir, ayat sihir dalam Surah Thaha ayat 65 - 69 :
Setelah selesai bacaan ayat-ayat di atas, minumlah air itu kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu kemudian dan sesudah itu, Insya' Allah, sihir itu tidak akan datang lagi.

Mengusir atau Membunuh J!n
Bagaimana caranya untuk mengusir atau membunuh J!n yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha mengusir atau membunuh J!n, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu'. Menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan.
Sebab, gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi J!n. Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwhudu', lalu berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan matanya, sehingga J!n tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang pandangan matanya.
Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan J!nnya lebih dari satu, atau J!nnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah J!n Sufi, yang merupakan jenis J!n sangat berbahaya. Kemungkinan besar, J!n jenis ini adalah J!n yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana tunduk atas perintah Allah.
Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah untuknya,
( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, "Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna," sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo'akan kehancurannya. )
atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya.
Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, "Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri." Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.
Jika ada J!n degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat J!n tersebut dari dalam dirinya agar J!n tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa J!n ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.
Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka J!n tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar J!n yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka J!n tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi.


Tanda-tanda gangguan J!n
Tanda-tanda pada waktu tidur
  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anJ!ng, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.

Tanda-tanda pada waktu sedar
  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

Berbagai gangguan J!n
  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu J!n mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu J!n mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu J!n terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

Di antara penyebab gangguan J!n
  1. J!n lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala J!n perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk J!n kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini J!n tidak akan dapat mengganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat (gembira)lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

Sebab-sebab masuknya J!n ke dalam diri manusia
Kadang-kadang terjadinya gangguan J!n kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan J!n melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk J!n ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk J!n juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada J!n tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk J!n.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

Cara J!n masuk ke dalam tubuh manusia
J!n adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk J!n diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan J!n dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika J!n masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan J!n memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan J!n, bahawa J!n itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

Perlindungan terhadap gangguan
  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
  2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
    • Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
    • Terjumpa sesuatu di atas tanah.
    • Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anJ!ng atau kucing.
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Sifat-sifat yang harus ada bagi Perawat
  1. Harus mempunyai akidah yang benar, bersih dan jernih.
  2. Harus mewujudkan tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.
  3. Harus mempunyai keyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau J!n dan syaitan.
  4. Harus mengetahui hal ehwal J!n dan syaitan.
  5. Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk J!n dan syaitan.
  6. Orang yang akan mengubati sebaiknya orang yang sudah menikah.
  7. Harus menjauhi perkara yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.
  8. Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
  9. Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.
  10. Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.

Ayat-ayat pagar diri sebelum melakukan Perawatan
Sebelum memulakan rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :
أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ

Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.
Ayat ini diulang bacaannya sebanyak 3 kali

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya.

Kemudian mulai Perawatan

Cara Pertama:
Sebelum perawatan Dilakukan

Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.
  1. Mengeluarkan serta membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang terkena kerasukan tersebut.
  2. Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.
  3. Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat.
  4. Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan J!n tersebut serta keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain Allah.
  5. Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al Qur'an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana yang telah diberitahukan oleh Allah S.W.T.
  6. Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang terkena kerasukan J!n tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut misalnya :
    • Apakah engkau melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi?
    • Berapa ekor binatangkah yang kamu lihat?
    • Apakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?
    • Apakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan?
    • Apakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi?
    • Apakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?

Teruskanlah dengan pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada waktu sedar (jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang benar-benar kerasukan J!n. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat mengira berapa jumlah J!n yang mengganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia selalu melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua J!n yang mengganggunya.
Demikianlah jika J!n yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara. Akan tetapi jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang kerasukan J!n tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan seperti tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas.
  1. Sebelum melakukan pengubatan dianjurkan berwudhuk terlebih dahulu begitu juga jika ada orang yang bersama dengan anda.
  2. Jika yang akan diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai pengubatannya sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat.
  3. Janganlah anda melakukan pengubatan terhadap seseorang perempuan jika tanpa disertai oleh muhrimnya.
  4. Janganlah anda memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika tanpa disertai oleh muhrimnya.
  5. Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan J!n dari tubuh orang yang sedang diubati tersebut.

Ayat-ayat ruqyah
Cara kedua : Pertengahan perawatan

Letakkanlah tangan kanan anda di atas kepala orang yang kerasukan J!n tersebut kemudian membacakannya di telinga kanannya dengan ayat-ayat ( Ayat Ruqyah ) di bawah ini :
1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 ) :
2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 ) :
3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) :
4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 ) :
5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 ) :
6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 ) :
7. Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 ) :
8. Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 ) :
9. Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 ) :
10. Surah Yunus ( ayat 81-82 ) :
11. Surah Thaha ( ayat 69 ) :
12. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 ) :
13. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 ) :
14. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 ) :
15. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 ) :
16. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 ) :
17. Surah Al-J!n ( ayat 1-9 ) :
18. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 ) :
19. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) :
20. Surah An-Nas ( ayat 1-6 ) :

Ayat2 ruqyah di atas ini sangat berpengaruh pada J!n sehingga akan menghalau dan menjauhkannya atau menghadirkannya.

Cara ketiga :
Setelah perawatan dilakukan

Cara untuk mengetahui hadirnya J!n

Untuk mengetahui hadirnya J!n, maka perhatikan tanda-tanda ini :
  • Orang yang kerasukan J!n tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau berkedip dengat sangat cepat.
  • Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.
  • Meronta-ronta dengan kuat.
  • Memekik atau menjerit.
  • Menyebut namanya.

Setelah memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti pertanyaan di bawah ini :
  • Siapa namamu?
  • Apakah Agamamu?
  • Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?
  • Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
  • Di manakah kamu berada di dalam tubuh ini?

Cara hadapi J!n beragama Islam
Bila anda menghadapi J!n yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab maksudnya ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum.
Bila masuknya ke dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat. Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan.
Bila penyebab masuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim.
Jika J!n yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan J!n itu, J!n tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :
"Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia."
Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa J!n itu benar-benar keluar, kerana banyak di antara J!n yang berbohong, kecuali bagi J!n yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan J!n itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa J!n itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak ada pengaruhnya, J!n tersebut telah keluar.

Cara hadapi J!n Kafir
Langkah pertama yang harus dilakukan, hendaklah anda jelaskan Islam kepadanya secara lengkap, kemudian suruhlah dia masuk Islam tanpa paksa. Jika dia telah masuk Islam, maka suruhlah dia bertaubat dan jelaskan kepadanya bahawa taubat yang sempurna itu ialah melepaskan diri dari berbuat zalim dan hendaklah keluar dari jasad orang ini.
Langkah yang kedua, jika dia masih tetap dengan kekafirannya, maka janganlah dia dipaksa supaya masuk ke dalam Islam, akan tetapi perintahkanlah dia supaya keluar dari jasad tersebut. Jika ia keluar, maka bacalah Al-hamdulillah. Jika ia tetap degil, maka ancamlah dia atau boleh anda memukulnya. Akan tetapi janganlah anda memukul, jika sekiranya anda tidak 'arif dalam hal itu atau anda tidak dapat memastikan bahawa pukulan anda itu benar-benar mengenai J!n, sebab ada jenis J!n yang dapat mengelak ketika di pukul, sehingga pukulan tersebut mengenai orang yang kerasukan itu. Jika ingin memukul, lakukanlah pada bahagian tangan, punggung dan jari.
Langkah yang ketiga, bacalah surah-surah yang menyakiti J!n seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-J!n, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A'la.
Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti J!n. Bila dia sudah menjawab, maka hentikanlah bacaan ayat Al-Qur'an tersebut atau memberhentikan pukulan, dan memintakanlah kepadanya supaya ia berjanji kepada Allah dan perintahkanlah ia supaya keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu.
Sebelum mengakhiri proses pengubatan ini, hendaklah anda mengambil perhatian terhadap kelakuan J!n..... ( muka sebelah )

Perhatian dengan kelakuan J!n
  1. Kadang-kadang ada J!n yang datang sambil memekik, mengancam dan berjanji. Dalam menghadapi hal ini janganlah anda takut, akan tetapi pukullah dia dan berilah pelajaran kepadanya, mudah-mudahan dengan izin Allah, J!n tersebut akan diam.
  1. Kadangkala J!n itu mencaci-maki anda, maka janganlah anda marah kepadanya.
  1. Kadangkala J!n itu memuji anda, bahawa andalah orang yang yang soleh dan dia akan keluar demi menghormati anda. Apabila mendengar perkataan yang demikian ini, maka hendaklah anda katakan: "Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya." 
  1. Kadangkala ada pula J!n pengganggu itu membantah. Dalam menghadapi hal ini hendaklah anda ambil setengah gelas air kemudian dekatkanlah air itu ke mulut anda dan bacakanlah ayat-ayat Al-Qur'an iaitu: Sursh Yasin, As-Shaffat, Ad-Dukhan dan Al J!n. Selepas itu siramilah air tersebut kepadanya, maka J!n tersebut akan merasa kesakitan serta patuh kepada anda dengan izin Allah, dia akan keluar dari tubuh orang tersebut. 
  2. Jika anda ingin tahu tentang akidah J!n tersebut tanpa menanyakannya, maka bacakanlah kepadanya ayat di bawah ini : ( Sebahagian dari Surah Al-Maidah - Surah 5 : Ayat 72 )
  3. لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ | 72

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam".
  1. Kadangkala ada J!n yang lari pada waktu mengucapkan janji. Dalam menghadapi hal ini hendaklah bacakan berulang-kali di telinga orang yang kerasukan J!n tersebut dengan ayat Al-Qur'an iaitu : (Ar-Rahman 33-36) 
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ (33) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (34) يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ (35) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ | 36

Hai jemaah J!n dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu, (J!n dan manusia) dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri (daripadanya). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
  1. Kadangkala ada J!n yang ingin keluar tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya, dalam menghadapi hal ini, maka hendaklah anda membaca Surah Yasin serta azan di telinga orang yang kemasukan J!n tersebut.
  2. Ayat-ayat Al-Qur'an yang dibacakan itu hendaklah dengan bacaan yang benar, khusyuk dan dengan suara yang dapat didengar.
  3. Jika J!n itu meminta sesuatu syarat baru dia akan keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu, maka perhatikanlah dahulu apa syarat yang dimintanya. Jika syarat yang dimintanya itu supaya taat kepada perintah Allah seperti: "Saya akan keluar dari tubuh orang ini dengan syarat dia mahu menjaga solatnya atau dia mahu menutup auratnya". Jika demikian itu syarat yang dimintanya, maka turutilah dia, akan tetapi haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut bukanlah kerana mentaatinya akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika permintaan syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah diikuti, bahkan hukumlah dia.
  4. Jika Allah telah mengluarkan J!n tersebut dari tubuh orang yang kerasukan J!n itu, maka perintahkanlah kepada orang yang kerasukan J!n itu, begitu juga orang yang hadir, supaya sujud syukur kepada Allah SWT kerana telah bebasnya dari penganiayaan tersebut. Begitu juga dengan diri anda haruslah melaksanakan sujud syukur tersebut, kerana Allah SWT telah memperkenankan permohonanmu untuk menyingkirkan kezalimannya.
  5. Jika anda telah berhasil mengeluarkan J!n tersebut dengan izin Allah, maka janganlah anda katakan: "Saya telah berhasil mengeluarkan J!n tersebut", akan tetapi karakanlah: "Allah telah mengeluarkan atau menghalaunya". Anda haruslah berhati-hati dalam hal ini dan janganlah anda sampai terpedaya dengan rayuan syaitan.
  6. Hendaklah anda selalu membaca buku-buku yang berkenaan dengan masalah J!n, seperti buku "Risalatul J!n" karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan lain-lain.

Perbuatan Haram ketika menghalau J!n
  1. Mengadakan majlis bersuka ria di atas permintaan J!n dan meminta berbagai macam permintaan yang pelik-pelik seperti perhiasan emas, ayam, kambing atau lembu. Dikatakan dengan majlis persembahkan ini dapat menghalau J!n tersebut.
  2. Mengabulkan segala permintaan J!n yang masuk ke dalam diri seseorang. Seperti meminta disembelihkan binatang dan sebagainya.
  3. Memohon bantuan kepada J!n suruhannya supaya mengeluarkan J!n yang ada dalam tubuh seseorang. Kerana J!n pengganggu itu lebih kuat dari tukang sihir itu.
  4. Bersumpah kepada J!n penganggu itu atas nama tuannya dari bangsa J!n, kerana J!n itu ada mempunyai banyak tuan dan pemimpin. Dengan menggunakan nama pemimpin atau ketua, mereka akan merasa takut lalu keluar dari tubuh orang yang dimasuki itu.
  5. Memasukkan J!n pengganggu ke dalam penjara - Cara mengadakan pendekatan dengan pemimpin para J!n, dipinta pemimpin J!n itu untuk memasukkan J!n pengganggu ke dalam penjara tersebut sehingga dia tidak lagi menganggu orang yang kerasukan J!n itu.
  6. Menyeksa dan membunuh J!n pengganggu
Berakhirlah proses melakukan pengubatan dengan penggunaan Ayat Ruqyah, Terkabul hendaknya.....Insya' Allah.


Praktik Ruqyah
Jika kita melakukan Ruqyah mandiri maka hal-hal yang mesti kita lakukan adalah berwudhu mensucikan diri terlebih dahulu dan banyak membaca Istighfar. Baringkan tubuh dengan tangan dan kaki yang lurus dan dilemaskan atau duduk dengan posisi tubuh yang nyaman, mata dipejamkan. Putarkan kaset yang sudah berisi senandung ayat-ayat Al-Qur'an (bisa juga mendengarkan kaset bacaan Ruqyah dan Doa pengobatan sihir atau gangguan J!n yang dibacakan dengan tartil oleh Ustadz Fadlan Abu Yasir.Lc yang banyak dijual ditoko-toko kaset Islami atau kaset murrotal yang dibacakan syaikh-syaikh dari negeri Arab) dengarkan dengan serius dengan hati yang mantab dengan niat ibadah, dengarkan secara khusyuk lantunan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Qur'an, teruslah mendengarkan sampai akhir (atau bisa juga dengan membaca sendiri ayat-ayat atau doa-doa Ruqyah).
Jika kita di ruqyah oleh seorang mu'alij maka yang mesti kita lakukan adalah berwudhu mensucikan diri terlebih dahulu dan banyak membaca Istighfar. Baringkan tubuh dengan tangan dan kaki yang lurus dan dilemaskan atau duduk dengan posisi tubuh yang nyaman, mata dipejamkan. Dengarkanlah bacaan ruqyah yang dilantunkan mu'alij dengarkan dengan serius dengan hati yang mantab dengan niat ibadah, dengarkan secara khusyuk lantunan bacaan Ayat-ayat Suci al-Qur'an ataupun doa-doa yang dilantunkan, teruslah mendengarkan sampai akhir. Jika pada salah satu anggota badan kita disentuh biasanya pada kepala atau dada, atau salah satu anggota badan kita dipijit kita merasakan sesuatu yang aneh seperti panas terasa terbakar, seperti kesetrum, dingin ataupun sakit pasrahkan saja, tetaplah waspada pada reaksi yang mungkin kita alami. Reaksi terapi ruqyah baik secara mandiri atau di ruqyah seorang mu'alij ada dua macam yaitu reaksi yang keras dan lembut.

Berikut ini adalah reaksi yang keras dalam terapi ruqyah syar'iyyah:
•  Adanya keinginan cepat-cepat berhenti membaca ayat-ayat atau doa-doa ruqyah, keinginan yang kuat mematikan tape atau mau pergi dari tempat kita mendengarkan suara orang yang meruqyah atau kaset ruqyah secara kuat dan tiba-tiba.
•  Adanya sesak atau sakit pada dada yang tiba-tiba muncul atau semakin kuat sakit atau sesak pada dada yang telah dirasakan sebelumnya.
•  Timbulnya sakit pada anggota bagian tubuh tertentu secara berpindah-pindah atau tiba-tiba.
•  Tubuh kita terutama pada tangan dan kaki menggigil atau bergetar, atau melakukan gerakan-gerakan yang aneh.
•  Menangis secara tiba-tiba.
•  Mulut kita bergerak, berbicara atau berteriak-teriak sendiri.
•  Nafas tersengal-sengal.
•  Mual atau muntah.
•  Mengamuk, menyerang orang yang ada disekitarnya.
•  Badan terasa panas dan tanpa dapat dikontrol (J!n atau syetan melalui mulut kita) berucap kepanasan atau kesakitan.
•  Takut atau benci melihat peruqyah dan berusaha untuk lari.

Berikut ini reaksi terapi ruqyah yang lembut yang harus kita benar-benar rasakan pada tubuh kita reaksi atau sensasi yang ada:

•  Rasa kantuk yang muncul tiba-tiba.
•  Bulu kuduk merinding dengan rasa takut yang muncul secara tiba-tiba.
•  Pada tangan atau bagian tubuh lain terasa panas, dingin, merasa ada yang mengalir dalam salah satu bagian tubuh atau seperti terkena setrum listrik.
•  Rasa kesemutan atau kedutan pada tangan, kaki atau bagian tubuh lain.
•  Merasa ada yang berjalan atau bergerak pada bagian dalam tubuh atau pada aliran darah.
•  Telinga berdengung.
•  Melihat sesuatu yang menakutkan, atau melihat sesuatu yang keluar dari tubuhnya.
•  Merasa tubuh melayang-layang atau ringan.
•  Mendengar suara-suara aneh atau ucapan-ucapan yang begitu halus.
Khusus bagi para praktisi reiki, bioenergi, ilmu-ilmu hikmah, tenaga dalam ataupun para pencari ilmu-ilmu kesaktian yang ingin mendapatkan hidayah dari Allah dan kembali pada jalan yang lurus agar ditunjukkan Allah tipu daya setan yang telah ditujukan pada kita pada saat terapi ruqyah yang harus kita lakukan adalah :
Bertobatlah pada Allah SWT dan berniat dengan kesungguhan hati untuk meninggalkan segala hal yang telah membuat rusak akidah Islam.


0 komentar:

Posting Komentar